SEJARAH DAN KEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI
Sekolah Kebangsaan Masai telah didirikan pada tahun 1947 dan dikenali sebagai Sekolah Rakyat Masai. Tapak asalnya ialah 63, Jalan Besar, Masai. Pengasas Sekolah ini ialah:
1.Allahyarham Tuan Haji Aziz B Hussein.
2. Allahyarham Tuan Haji Abd. Rahman B Haji Jumaat.
3. Beberapa orang polis dan beberapa orang penduduk.
Penubuhan sekolah ini mendapat sokongan Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu. Pelajar asal berjumlah 25 orang dengan seorang guru bernama Allahyarham Ibrahim B Hitam yang bertindak sebagai guru besar pertama di Sekolah Rakyat Masai.
Pada tahun 1955, Sekolah Rakyat Masai ditukar namanya kepada Sekolah Umum Masai. Pada tahun 1965, namanya bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Masai. Luyas sekolah ini ialah 129 rod dan 8 pol. Panjangnya 4000 kaki dan lebarnya 236 kaki.
Sekolah Kebangsaan Masai telah ditadbir oleh beberapa orang guru besar iaitu:
1. Allahyarham Tn. Hj. Makmor B Hitam.
2. En. Ahmad Ismail
3. En. Seth.
4. En. Saiful B. Mulok (1987)
5. En. Abdul Hamid B Abdullah (1988)
6. En. Abdullah B Hj Ishak (1992)
7. En. Ismail B Atan (1997)
8. Tn. Hj. Abd Rahman B Mokhtar (1999)
9. En. Shamsuddin B Yamhari (2000)
10. Tn. Hj. Musa B Mastor (2001)
11. En. Nasron B Osman (2003)
12. Tn. Hj. Zainuddin B Alie (2007)
13. Tn. Hj. Sa’don B Jufrin (2008)
14. Cik Kalsom Bt Saleh (2009)
LOGO, MOTO DAN WARNA
SK MASAI, JALAN TENGAH, 81750 MASAI, JOHOR.

MAKSUD LOGO DAN WARNA
SKM membawa maksud singkatan nama Sekolah Kebangsaan Masai.
SKM juga bermaksud : S – Serve (memberi khidmat)
K – Knowledge (pengetahuan)
M – Mature (kematangan)
1. Gambar padi di kiri dan kanan melambangkan kesuburan rohani dan jasmani.
2. Empat gelung bewarna merah, kuning, hijau dan biru melambangkan kecemerlangan dalam sukan.
3. Obor melambangkan kecemerlangan akademik.
4. Warna biru membawa maksud perpaduan yang kukuh antara warga pendidik dan masyarakat.
5. Warna kuning membawa maksud kemurnian ilmu yang disemai.
6. Warna merah melambangkan keberanian dan kegigihan dalam menuju kecemerlangan.
7. Warna hijau membawa maksud kekuatan iman bagi agama yang dianuti.
MAKSUD MOTTO
USAHA JAYA
Membawa maksud cemerlang dalam bidang akademik, pentadbiran, pengurusan, sahsiah, keceriaan dan kokurikulum.
BENDERA SEKOLAH
1. Empat garisan keliling bendera melambangkan empat anggota penting sekolah iaitu pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan dan murid-murid bergabung tenaga menggerak dan mamajukan sekolah.
2. Empat warna mewakili empat rumah sukan di mana murid-murid yang berusaha gigih untuk memajukan sukan.
3. Latar belakang putih menandakan segala tanggungjawab P d P yang dilaksanakan bebas dari elemen negatif dan dilksanakan dengan penuh ikhlas
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Masai, Johor Bahru
Yang dicintai
Usaha jaya cogankata yang direstu
Teruskan maju
Marilah semua
Berganding bersama
Menjayakannya
Tanamkan semangat membela negara
Hidup bahagia
Sekolah Kebagsaan Masai, Johor Bahru
Yang dicintai
Usaha cogankata yang direstu
Teruskan maju.
Gubahan muzik : En Rosli B Ahmad (MPTI JB)
Lirik : En Taib B Othman (MPTI JB)
MISI DAN VISI SK MASAI
|
|

|
|

FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI
Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Masai adalah satu usaha berterusan. Semua guru dan kakitangan membina potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t.
Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertakwa dan beriman. Bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.
No comments:
Post a Comment