Sunday, 12 February 2012

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35


MINIT MESYUARAT AGONG PIBG
SK MASAI 2011
KALI KE 35

TARIKH         :           26 Mac 2011

HARI              :           Sabtu

MASA                        :           11.50 pagi

TEMPAT        :           Dewan SK Masai

KEHADIRAN           :           200 orang


1. Ucapan Alu-aluan Yang Di Pertua PIBG En. Zulkiflee bin Abdul Jalil

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis kerana memberi peluang
untuk memberikan sedikit ucapan. Juga setinggi-tinggi kesyukuran  dan terima    kasih kepada ibu bapa kerana sudi melapangkan masa menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PIBG kali ini.
1.2 Beliau menerangkan tujuan mesyuarat Agong PIBG diadakan  adalah untuk
      bersama-sama memajukan pencapaian sekolah


 Tindakan: En. Zulkiflee bin Abd Jalil

2.  Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong Tahunan kali
     Ke 34.

2.1  Pn. Nurfaizah binti Mansor membentangkan minit Mesyuarat Agong 
       Tahunan kali ke 34.
2.2   Minit mesyuarat telah disahkan.
Pencadang: Tn. Hj Ismail bin Mohamad mencadangkan minit mesyuarat disahkan.
Penyokong: Tn. Hj Omar bin Alivi menyokong cadangan tersebut.


3. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG sesi 2010/2011

3.1 Puan Aidah binti Rahmat (Bendahari Kehormat PIBG) membentangkan
      Penyata Kewangan bermula 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010.
3.2 Pn. Dayang Nurfadzhillah mencadangkan Penyata Kewangan PIBG
      disahkan.
      Pn. Maslina binti Omar menyokong pengesahan Penyata Kewangan
      tersebut.    





4. Pembubaran AJK PIBG 2010/2011.

4.1   Yang Dipertua PIBG , En. Zulkiflee bin Abd Jalil membubarkan AJK PIBG
2010/2011 secara rasminya pada pukul 12.00 tengahari.  
4.2   En. Wan Omar Ali Saifuddin mencalonkan En. Zulkiflee bin Abd Jalil menjadi
Pengerusi sementara bagi menjalankan pemilihan AJK PIBG yang baru.
Pn. Fauziah binti Ismail menyokong pencalonan tersebut.

                                                                       Tindakan En Zulkiflee b Abd Jalil

5. Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG sesi 2011/2012.

5.1 En. Zulkiflee bin Abd Jalil mencadangkan agar AJK 2010/2011 dikekalkan
      jawatannya.
      Cadangan telah disokong oleh Pn. Mariam binti Arshad.

5.2 Perlantikan Pemegang Amanah.

      5.2.1 En. Zulkiflee bin Abd Jalil mencadangkan Tn Hj Zulkifli bin Mohd Sudin
               sebagai Pemegang Amanah.
               Cadangan disokong oleh En. Mohd Idros bin Abdullah.

      5.2.2 Pn. Suffiah binti Mansol mencadangkan En. Norazam sebagai   
               Pemegang Amanah.
               Cadangan disokong oleh Pn. Suzana binti Safar

      5.2.3 Pn. Mariam binti Arshad mencadangkan Pn. Rohana binti Suratman   
               sebagai Pemegang Amanah.
               Cadangan disokong oleh Pn. Yuri Akmal binti Mohd Yusoff.

5.3 Keputusan undian bagi calon Pemegang Amanah.

      5.3.1 Pn. Rohana binti Suratman mendapat  sebanyak 90 undian.

      5.3.2 Tn. Hj Zulkifli bin Mohd Sudin mendapat sebanyak  58 undian.

      5.3.3 En. Norazam mendapat sebanyak 49 undian.

5.4 Pn. Maslina binti Omar mencadangkan En. Zulkifli bin Ismail sebagai
      AJK PIBG tambahan yang baru.
      Cadangan disokong oleh Pn. Noriada binti Ali.










6. Senarai Perlantikan AJK PIBG 2011/2012.

Yang Dipertua PIBG
 -En.Zulkiflee bin Abd Jalil

 Naib Yang Dipertua PIBG
 -En.Ishak bin Yusof.

Setiausaha PIBG
            -Guru Besar, Cik Kalsom binti Saleh melantik:
             Setiausaha:Pn Maslina binti Omar
             Naib Setiausaha: Pn Norfaizah binti Mansur

Bendahari PIBG
-Guru Besar, Cik Kalsom binti Saleh melantik:
             Bendahari: Pn. Norhidayah binti Mohd Ayup

            AJK dikalangan Ibubapa
           
1.    En. Abd Razak bin Masran
2.    Pn. Siti Maimunah binti Talib
3.    En. Juma’in bin Sapari
4.    Pn. Safiah Hanum binti Abd Rasip
5.    Pn. Norizan binti Md Dasuki
6.    En. Zulkifli bin Ismail

            AJK dikalangan Guru
1.    En. Mohd Shahrizan bin Ramli
2.    En. Kadir bin Mohd Norsuddin
3.    Pn. Shamsilawati binti Mohd Sharif
4.    Pn. Fauziah binti Ismail
5.    Pn. Hjh Nasrina binti Mohd Abas
6.    Pn. Noriada binti Ali

Pemegang amanah
1.    Pn. Rohana binti Suratman
2.    Tn. Hj . Zulkifli bin Mohd Sudin
3.    En. Wan Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail
4.    Pn. Roziyani binti Rani
5.    Kaunselor Tn. Hj Huzaini bin Jufrin

Pemeriksa Kira-kira
1.    Pn Mariam binti Arshad
2.    Tn.Hj Katman bin Rakimin







7. Pembentangan Usul

7.1 Usul-usul yang diterima.

7.1.1 Pn. Intan binti Mesong mengusulkan agar meja makan di kantin di tambah.

         Ulasan YDP : En. Zulkiflee menyatakan  kekurangan meja makan di kantin
                                akan diusahakan untuk ditambah.

7.1.2 Pn. Cahaya mencadangkan agar kelas komputer dilaksanakan untuk
          murid terutamanya murid tahap 1.

            Ulasan Guru Besar: Program tersebut sebenarnya telah dilaksanakan iaitu
                                               Program Zoom-A untuk tahun 6. Bagi murid tahun 1-5                                            kelas computer tersebut telah dijalankan dalam mata                                                           matapelajaran Sains.

7.1.3 Pn. Dalilawati mencadangkan agar mengadakan kelas tambahan bagi murid
         Tahun 2 dan 3 pada musim cuti sekolah atau hari Sabtu.

            Ulasan Guru Besar : Usul tersebut akan dibincangkan bersama-sama dengan
                                             guru yang berkenaan.

7.1.4 En. Mohd Idros bin Abdullah mencadangkan agar diadakan peruntukan atau
         perbelanjaan untuk menampung program sekolah seperti sukan dan
         sebagainya.

7.1.5 Pn. Huda binti Salleh mengusulkan agar kerja sekolah  (kerja rumah)
         dikurangkan supaya  tidak membebankan anak-anak.

            Ulasan Guru Besar: Untuk berjaya perlu banyakkan latihan supaya dapat
                                               mengetahui pelbagai teknik pembelajaran.

8. Hal-hal lain

8.1 YDP berharap para ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang padu dan jitu
      kepada pihak sekolah dan sentiasa menyokong setiap program dan aktiviti yang
      yang dijalankan oleh pihak sekolah. Kerjasama yang utuh ini amatlah
      diharapkan  demi kepentingan dan kemajuan  anak-anak kita bersama.
           
 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengahari.


Disediakan oleh:                                                    Disahkan oleh:


………………………..                                            ……………………..
(Pn. Maslina binti Omar)                                       (En. Zulkiflee bin Abd. Jalil)
S/U Kehormat PIBG           ,                                              Yang Dipertua,
Sekolah Kebangsaan Masai,                              Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Johor Bahru.                                                                       Sekolah Kebangsaan Masai.

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG 2011/2012


                                           PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG 2011/2012
PROGRAM/AKTIVITI BIRO TERLIBAT TARIKH PERLAKSANAAN
KEM JATI DIRI TAHUN 5 AKEDEMIK 1 APRIL 2011
     
PROGRAM ANTI DADAH BERSAMA PIBG KEBAJIKAN 7 APRIL 2011
     
PEMASANGAN PALANG PAGAR BESI DI JALAN TENGAH KEBAJIKAN MEI - SEPT 2011
     
USAHA MENAMBAH DANA PIBG MELALUI SUMBANGAN  DANA EKONOMI MEI-JULAI 2011
UNTUK KECERIAAN SEKOLAH & BANTUAN PELAJAR MISKIN    
     
BENGKEL PERSEDIAAN AKHIR UPSR DAERAH PASIR GUDANG DAN AKEDEMIK 24 JUN 2011
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2011    
     
KEMPEN SATU KELUARGA, SATU POKOK KEBAJIKAN 24 JUN - 31 JULAI 2011
     
PEMBELIAN PA SISTEM  BARU EKONOMI JULAI
     
KEM MOTIVASI TAHUN 6 AKEDEMIK 5 OGOS 2011
     
IZIN ILMU DAN MAJLIS RESTU UPSR SEMUA BIRO 3 SEPTEMBER 2011
     
SUKAN TAHUNAN DAN 1 MURID 1 SUKAN SUKAN SEPTEMBER
     
SOLAT HAJAT UPSR BERSAMA KOMUNITI MASAI DI MASJID SEMUA BIRO 15 SEPTEMBER 2011
AL SYAKIRIN MASAI    
     
USAHA MENAMBAH DANA DENGAN MEMBUKA GERAI PADA EKONOMI 30 DISEMBER 2011
HARI PENDAFTARAN PELAJAR 2012    
     
MOTIVASI IBU BAPA DAN AKUJANJI TAHUN 6 AKEDEMIK 4 FEBRUARI 2012
     
JOM BELI 2012 SEMUA BIRO 25 FEBRUARI 2012
     
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN, KETUA KELAS SEMUA BIRO 3-4 MAC 2012
DAN PENOLONGKETUA KELAS    
     
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 DAN MAJLIS ANUGERAH SEMUA BIRO 31 MAC 2012
KECERMELANGAN AKEDEMIK 2011    

Sejarah SK Masai

SEJARAH DAN KEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI

Sekolah Kebangsaan Masai telah didirikan pada tahun 1947 dan dikenali sebagai Sekolah Rakyat Masai. Tapak asalnya ialah 63, Jalan Besar, Masai. Pengasas Sekolah ini ialah:
1.Allahyarham Tuan Haji Aziz B Hussein.
2. Allahyarham Tuan Haji Abd. Rahman B Haji Jumaat.
3. Beberapa orang polis dan beberapa orang penduduk.

Penubuhan sekolah ini mendapat sokongan Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu. Pelajar asal berjumlah 25 orang dengan seorang guru bernama Allahyarham Ibrahim B Hitam yang bertindak sebagai guru besar pertama di Sekolah Rakyat Masai.
Pada tahun 1955, Sekolah Rakyat Masai ditukar namanya kepada Sekolah Umum Masai. Pada tahun 1965, namanya bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Masai. Luyas sekolah ini ialah 129 rod dan 8 pol. Panjangnya 4000 kaki dan lebarnya 236 kaki.
Sekolah Kebangsaan Masai telah ditadbir oleh beberapa orang guru besar iaitu:
1.    Allahyarham Tn. Hj. Makmor B Hitam.
2.    En. Ahmad Ismail
3.    En. Seth.
4.    En. Saiful B. Mulok (1987)
5.    En. Abdul Hamid B Abdullah (1988)
6.    En. Abdullah B Hj Ishak (1992)
7.    En. Ismail B Atan (1997)
8.    Tn. Hj. Abd Rahman B Mokhtar (1999)
9.    En. Shamsuddin B Yamhari (2000)
10.  Tn. Hj. Musa B Mastor (2001)
11.  En. Nasron B Osman (2003)
12.  Tn. Hj. Zainuddin B Alie (2007)
13.  Tn. Hj. Sa’don B Jufrin (2008)
14.  Cik Kalsom Bt Saleh (2009)

LOGO, MOTO DAN WARNA
SK MASAI, JALAN TENGAH, 81750 MASAI, JOHOR.





MAKSUD LOGO DAN WARNA
SKM membawa maksud singkatan nama Sekolah Kebangsaan Masai.
SKM juga bermaksud : S – Serve (memberi khidmat)
                                      K – Knowledge (pengetahuan)
                                      M – Mature (kematangan)

1.    Gambar padi di kiri dan kanan melambangkan kesuburan rohani dan jasmani.
2.    Empat gelung bewarna merah, kuning, hijau dan biru melambangkan kecemerlangan dalam sukan.
3.    Obor melambangkan kecemerlangan akademik.
4.    Warna biru membawa maksud perpaduan yang kukuh antara warga pendidik dan masyarakat.
5.    Warna kuning membawa maksud kemurnian ilmu yang disemai.
6.    Warna merah melambangkan keberanian dan kegigihan dalam menuju kecemerlangan.
7.    Warna hijau membawa maksud kekuatan iman bagi agama yang dianuti.

MAKSUD MOTTO
USAHA JAYA
Membawa maksud cemerlang dalam bidang akademik, pentadbiran, pengurusan, sahsiah, keceriaan dan kokurikulum.



BENDERA SEKOLAH

1.    Empat garisan keliling bendera melambangkan empat anggota penting sekolah iaitu pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan dan murid-murid bergabung tenaga menggerak dan mamajukan sekolah.
2.    Empat warna mewakili empat rumah sukan di mana murid-murid yang berusaha gigih untuk memajukan sukan.
3.    Latar belakang putih menandakan segala tanggungjawab P d P yang dilaksanakan bebas dari elemen negatif dan dilksanakan dengan penuh ikhlas

LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Masai, Johor Bahru
Yang dicintai
Usaha jaya cogankata yang direstu
Teruskan maju

Marilah semua
Berganding bersama
Menjayakannya
Tanamkan semangat membela negara
Hidup bahagia

Sekolah Kebagsaan Masai, Johor Bahru
Yang dicintai
Usaha cogankata yang direstu
Teruskan maju.

Gubahan muzik : En Rosli B Ahmad (MPTI JB)
Lirik : En Taib B Othman (MPTI JB)

MISI DAN VISI SK MASAI


SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI YANG TERBILANG
 


VISI
SK MASAI
 



MISI
SK MASAI
 


MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

 

FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI

Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Masai adalah satu usaha berterusan. Semua  guru dan kakitangan membina potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi  intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t.
Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertakwa dan beriman. Bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.

PERLEMBAGAAN PIBG


AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)]
PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI
JALAN TENGAH, 81750 MASAI, JOHOR.

Nama dan Alamat
1.  Persatuan ini dikenal dengan nama:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU atau ringkasnya PIBG Sekolah Kebangsaan Masai.

2.  Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah:
SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI,  JALAN TENGAH, 81750 MASAI, JOHOR.

 PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU 

Tujuan-tujuan Persatuan

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi Persatuan

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;

c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

Keanggotaan Persatuan

Anggota Persatuan terdiri daripada:

a) semua guru di Sekolah;

b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan

c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan

Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan

Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai "Jawatankuasa PIBG". Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:

a) seorang Yang Di-Pertua;

b) seorang Naib Yang Di-Pertua;

c) seorang Setiausaha;

d) seorang Bendahari; dan

e) .......... orang Ahli Jawatankuasa

Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.

Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.

Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.

Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Fungsi Jawatankuasa PIBG

Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

a) Yang Di-Pertua

i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.

ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.

iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.

iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua.

v) Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.

vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.

viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.

b) Naib Yang Di-Pertua

i) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua.

ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua .

c) Setiausaha

i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.

ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.

iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.

v) Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan.

vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

d) Bendahari

i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.

ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa.

iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.

v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.

vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.

Lain-lain jawatan

Penasihat Persatuan

a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan.
 
Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut;

i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;

ii) mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

iii) berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;

iv) meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;

v) memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;

vi) memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;

vii) memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan

viii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

b) Juru Audit Dalaman

i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.

ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:

aa) mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan

ab) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Kuorum

Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:

a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan

b) Mesyuarat Jawatankuasa PIBG - hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.

Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.

Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut.

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut;

a) ucapan Pengerusi;

b) membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;

c) membentang dan menerima Laporan Tahunan;

d) membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;

e) membahaskan usul, jika ada;

f) pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;

g) pemilihan Juru Audit Dalaman;

h) ucapan penangguhan; dan
 

i)? lain-lain hal.

Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut:

a) anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat;

b) setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan
 

c) pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.

Mesyuarat Agung Tergempar

Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut:

a) apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;

b) atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau

c) atas arahan Pendaftar.

Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.

Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.

Laporan Mesyuarat

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan.

Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.

Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.

Punca-Punca Pendapatan Persatuan

Punca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada;

a) sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan);

b) derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain;

c) pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program unjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar

Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan.

Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi ........................ pada satu-satu masa.




Perbelanjaan wang Persatuan

Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.

Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
 

Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.

Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.

Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan

Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.

Harta Amanah Persatuan

Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke semasa.

Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Pindaan Perlembagaan Persatuan

Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu.

Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.

Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar.

Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.

Larangan

Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.

Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.

Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah- sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

Tafsiran

Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua.

Pembubaran

Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut:

a) atas arahan bertulis daripada Pendaftar; atau

b) Sekolah berhenti beroperasi

Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.

Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.